Recent Posts

10 Kata Kata Hikmah Hamka

Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama HAMKA seorang para ilmuan islam yang tidak asing lagi namanya pada hari ini. Terkenal dengan kehebatan kata katanya hikmahnya, Hamka juga merupakan penulis dan ahli politik yang terkenal di indonesia pada masa dahulu.

Dibawah ini adalah 10 diantara kutipan kata kata HAMKA yang sangat relevan sehingga ke hari ini.



1. Dia lupa...nikmat yang ada dalam tanggnya dia lupa kerana mengharapkan nikmat yang akan datang.

2. Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.

3. Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya.

4. Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.

5. Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.

6. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

7. Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu disyukuri yang telah ada itu lebih disyukuri lagi.

8. Jika engkau fikir miskin, senangkan pulalah hatimu kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkan hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dengki kepada engkau lagi lantaran kemiskinanmu.

9. Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil

10. Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.